Monday, January 3, 2011

Dr Lo'Lo' dakwa 'tiger show' dibiar...

PAS mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Umno berhubung isu sebuah pertunjukkan yang didakwa berunsur maksiat ala-tarian 'tiger show', pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Putrajaya pada 16 Disember lalu, lapor Harakahdaily.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan tidak memperdulikan atau gagal bertindak ke atas penganjur majlis makan malam itu.

Katanya, majlis berkenaan dengan jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

NONE"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

NONEKatanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel berkenaan.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas firma itu sebagai penganjur dan pihak hotel berkenaan sebagai pengendali majlis.

Wednesday, December 1, 2010

YB Dr Lo'Lo Sumbangkan kerusi roda untuk orang kurang Upaya

seorang ibu telah mengadu dipejabat YB Dr Lo'Lo' sudah lebih dua tahun dia menantikan sumbangan kerusi roda dari seorang YB dalam kawasan parlimen beliau , pernah beliau dijanjikan dgn memangkah undi YB tersebut dan beliau akan menerima kerusi roda untuk anak beliau yg cacat . tetapi sesudah dua tahun dan YB tersebut telah menang dikawasan beliau dgn bantuan undi POS tetapi hampa . kerana prihatin dengan keadaan anak tersebut pejabat YB Dr Lo'Lo' telah menghadiahkan kerusi roda untuk memudahkan ibu tersebut untuk membawa anak yg cacat

Tuesday, September 8, 2009

PROGRAM SEMARAK & SEMERBAK RAMADAN BERSAMA WARGA INSAF LORONG HAJI TAIB anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), NGO Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) PAS Kawasan Titiwangsa, Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Ahli Parlimen Titwangsa dll pada Ahad 13 September bersamaan 23 Ramadan 1430H bermula dari 2 ptg hingga selepas Solat terawih & Penyampaian sumbangan.

  • " Bukanlah kebaikan itu hanya dengan menghadapkan mukamu ke Timur dan Barat, tetapi ianya adalah orang-orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab2 Allah dan Nabi2. Kemudian ia mendermakan harta yang dikasihinya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, musafir yang memerlukan, orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba. Ia mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menepati janji serta bersabar ketika dtimpa kemiskinan, kemelaratan dan sewaktu peperangan. Mereka itulah orang yang benar dan yang bertaqwa." AlBaqarah 177.

  • Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kita umur utk kita bersama menghidupkan bulan Ramadan yg penuh berkat dan indah ini.Bulan yg dinamakan dgn pebagai gelaran hebat dan istmewa; yg mana semuanya berpaksikan kpd kebaikan & kebajikan untuk dunia dan akhirat.
  • PAS sebagai parti yang mahu berperanan sebagai pemimpin perubahan, peneraju dan penentu lanskap politik Malaysiai sudah sepatutnya terkehadapan dalam memikul amanah & tanggung-jawab kebaikan dan kebajikan ini. Apatah lagi dgn slogan keramat 'Negara Berkebajikan' dan 'PAS 4 All' atau 'PAS untuk semua' yg telah menjadi sebutan & tumpuan semua lapisan masyarakat sekarang ini.
  • Bagi mengambil kesempatan terbaik dibulan mulia ini marilah kita bersama2 mengisi semangat Ramadan dengan menjadikan Program SEMARAK dan SEMERBAK Ramadan 2009 sebagai muqaddimah dan pemangkin kpd kita semua bg memastikan proses 'pemutihan & penghijauan' masyarakat bandar khususnya, dengan Islam dan keadilannya dapat berjalan & disambut secara positif & responsif.
  • Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih jazakumullahu khairan kathiro kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mejayakan program ini dari mula hingga akhir. Moga ganjaran yang diraih akan berlipat kali ganda.

Petikan ucapan saya dalam buku cenderahati.

Dr Lo'lo' HMG